Loading...
Nanyang Siang Pau Diarah Gantung Penyunting, Kartunis Karikatur Monyet. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah meminta akhbar Nanyang Siang Pau mengambil tindakan disiplin dalaman atau menggantung penyunting, penolong penyunting dan kartunis yang terbabit dalam menerbitkan karikatur monyet penuh kontroversi baru-baru ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dipetik Oriental Daily berkata, KDN sudah memulakan siasatan terhadap perkara itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kartun itu mengguris hati umat Islam.
Nanyang Siang Pau Diarah Gantung Penyunting, Kartunis Karikatur Monyet. Beliau berkata, permit penerbitan Nanyang Siang Pau dikeluarkan KDN di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, oleh itu pihaknya sudah mengeluarkan surat amaran kepada akhbar berkenaan meminta mereka mengambil tindakan terhadap individu terbabit untuk dijadikan amaran.
“KDN akan terus memantau akhbar itu bagi memastikan mereka mengambil tindakan berkenaan,” katanya ketika menggulung perbahasan mewakili kementeriannya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Pada 8 April lalu, ruang kartun akhbar itu memaparkan seekor monyet bersongkok dilabel sebagai “speaker” dan seekor lagi memakai serban dinamakan “Hadi Awang” bertenggek di sebatang pokok “Akta 355”, merujuk rang undang-undang persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Nanyang Siang Pau Diarah Gantung Penyunting, Kartunis Karikatur Monyet
Ia disusuli tindakan 150 ahli Pemuda PAS mengadakan demonstrasi di ibu pejabat Nanyang Siang Pau dengan mengemukakan 4 tuntutan, antaranya memohon maaf secara terus kepada Hadi, pada 11 April lalu.
Akhbar itu kemudiannya memohon maaf secara terbuka kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan presiden PAS itu di akhbarnya, serta mengeluarkan kartun itu dari laman webnya, eNanyang.my.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bagaimanapun mahu KDN memberi amaran keras dengan menggantung permit penerbitan akhbar itu selama 1 minggu, manakala Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti Islam itu tidak akan berkompromi dan mahu menyaman Nanyang Siang Pau.
Nanyang Siang Pau Diarah Gantung Penyunting, Kartunis Karikatur Monyet
Pada 16 April lalu, Nur Jazlan dilaporkan berkata, KDN tidak akan mengambil tindakan terhadap Nanyang Siang Pau kerana sudah menerima penjelasan dan permohonan maaf mereka, sebaliknya menyerahkan kepada syarikat terbabit untuk mengambil tindakan dalaman sewajarnya terhadap individu berkenaan.
Isnin lalu, Hadi dilaporkan berkata, beliau memaafkan Nanyang Siang Pau kerana menganggap perbuatan mereka akibat kejahilan “memahami batasan sensitiviti agama”, selepas menerima surat permohonan maaf terbuka daripada akhbar berbahasa Cina itu pada 12 April lalu. - fmt
Loading...
0 Response to "Nanyang Siang Pau Diarah Gantung Penyunting, Kartunis Karikatur Monyet"
Posting Komentar