Loading...

Sah Umno Dan PAS Bergabung Sebelum PRU14?

Loading...
Sah Umno Dan PAS Bergabung Sebelum PRU14? Walaupun ditolak dua kali oleh pemimpin Umno Kelantan, ramai pemimpin akar umbi PAS masih berharap pakatan dengan parti Melayu itu akan jadi realiti sebelum pilihan raya umum akan datang.

Minggu lalu, satu mesyuarat membabitkan Presiden Umno Najib Razak dan pemimpin tertinggi parti itu dari Kelantan membawa keputusan untuk Umno cuba merampas negeri itu daripada PAS.

Sah Umno Dan PAS Bergabung Sebelum PRU14? Menurut sumber parti, Najib sebelum ini cuba untuk “menjual” idea bekerjasama dengan PAS, dan sebagai balasan, parti Islam itu akan dibenarkan mengekalkan kuasa di negeri yang ditadbir sejak lima PRU lalu.

Kehadiran Najib pada mesyuarat badan perhubungan negeri untuk sekali lagi memujuk juga ditolak keras oleh veteran Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pengerusi Umno Kelantan Mustapha Mohamad serta ahli-ahli badan perhubungan Umno Kelantan lain.

Mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan itu diadakan tidak sampai seminggu menjelang Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU) yang sedang berlangsung minggu ini.

Bagaimanapun, Najib gagal meyakinkan pemimpin Umno untuk menerima rancangan itu. Sumber berkata ini kali kedua Najib cuba membawa idea itu.

"Buat apa kita bekerjasama dengan PAS sedangkan inilah masa terbaik untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.

Dalam ucapan dasar presiden pada PAU semalam, Najib hanya menyebut sepintas lalu saja hubungan Umno dengan PAS tidak seperti perhimpunan tahun lepas yang memuji PAS dan pimpinannya.

Sah Umno Dan PAS Bergabung Sebelum PRU14? 


"Pendirian kita amat jelas iaitu hubungan kita dengan mereka adalah terasas demi kepentingan ummah, sekalipun pandangan politik tetap berbeza,” kata Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Demi survival

PAS dan Umno pernah bergabung tetapi menjadi seteru politik sejak 1977, apabila krisis membabitkan menteri besar parti Islam itu di Kelantan mencetuskan rusuhan dan darurat, di mana Barisan Nasional (BN) kemudian mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Walaupun pemimpin PAS pula berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana sejarah silam itu, ada juga pandangan bahawa pakatan dua parti politik terbesar yang bersaing mendapatkan undi Melayu itu, percaya kerjasama antara mereka amat diperlukan demi survival.

Pada perhimpunan Umno yang sedang berlangsung, Unit Penerangan Umno, yang mendapat ruang utama di pintu masuk PWTC, mengadakan pameran propaganda mengecam Pakatan Harapan yang didakwa dikuasai DAP serta memaparkan petikan video ucapan Ketua Penerangan Umno Annuar Musa mengenai perjuangan Umno dan PAS.

Sementara itu, bekas setiausaha perhubungan PAS Selangor Norman Taha berkata beliau akan meneruskan usahanya untuk memastikan kerjasama antara Umno dan PAS jadi realiti.

Norman dipecat dari PAS pada 2013 kerana terlibat dengan agenda kerjasama antara Umno dan PAS, ketika parti Islam itu belum berpecah.

"Saya sudah kata awal dulu, ada parasit dalam PAS. Selepas Muktamar 2015, barulah mereka terkeluar.

Sah Umno Dan PAS Bergabung Sebelum PRU14? 


"Selepas parasit sudah keluar, saya yakin kerjasama antara Umno dan PAS akan menjadi kenyataan kerana asas kita sama untuk kepentingan Melayu dan Islam," katanya.

“Parasit” yang dirujuk Norman ialah kumpulan profesional yang anti kerjasama Umno dan PAS atau kerajaan perpaduan, yang diistilahkan sebagai "UG" (Unity Government), yang kini menubuhkan Amanah.

"Kita kena faham, isu ini sensitif dan perlu dilakukan dengan secermat mungkin. Yang terbaik adalah tidak bercakap secara terbuka tetapi bekerja," kata Norman ketika ditemui di PAU17.

Annuar sebelum ini mendedahkan Majlis Tertinggi Umno memberi mandat penuh kepada Najib untuk mengadakan perbincangan dengan PAS.

Pengulas politik yang juga wartawan veteran, Zainal Epi juga yakin kerjasama antara Umno dengan PAS akan menjadi kenyataan.

Sah Umno Dan PAS Bergabung Sebelum PRU14?  “Ini untuk survival masing-masing sama ada Najib atau Presiden PAS Hadi Awang sendiri," katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui di PAU17. - MI



Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sah Umno Dan PAS Bergabung Sebelum PRU14?"

Posting Komentar