Loading...

PAS Sedia Bekerjasama Dengan MCA

Loading...
PAS Sedia Bekerjasama Dengan MCA. PAS bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk MCA, dalam menangani isu kepentingan rakyat dan negara, kata naib presiden parti itu, Idris Ahmad

Beliau yang dipetik oleh portal Utusan Online berkata, MCA bukanlah masalah kepada PAS atau sebaliknya, sekiranya kedua-dua parti bersetuju untuk bekerjasama selepas ini.

PAS Sedia Bekerjasama Dengan MCA. Bagaimanapun katanya, parti itu akan terus mempertahankan pendirian dan teras perjuangannya untuk menjaga agama dan bangsa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada masalah jika mereka sedia bekerjasama dengan kita (PAS) untuk menyelesaikan isu sejagat. Dalam konteks sebegini, PAS ‘tak’ jadi MCA dan MCA ‘tak’ jadi PAS,” katanya, menurut laporan itu.

Bagaimanapun kata Idris, apabila PAS mempertahankan agama dan bangsa berdasarkan perlembagaan negara, MCA tidak boleh mendakwa bahawa PAS bersifat perkauman kerana ia adalah teras politik negara.


PAS Sedia Bekerjasama Dengan MCA


Idris memberi respons terhadap kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, sebelum itu yang berkata, parti itu bersedia bekerjasama dengan PAS dalam isu membabitkan kepentingan negara.

Idris berkata, PAS percaya pendirian parti itu dalam mempertahankan agama dan bangsa bukanlah sesuatu yang bersifat perkauman.

“Kita hidup dalam masyarakat majmuk. Jika kita amalkan perkauman, sudah tentu bangsa lain yang hidup di Kelantan dan Terengganu ditindas,” katanya.

PAS Sedia Bekerjasama Dengan MCA. “Apa yang salah ialah jika orang Melayu menindas bangsa lain. Adakah jika kita bercakap pasal Islam dan Melayu itu perkauman?”. - free malaysia today



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Sedia Bekerjasama Dengan MCA"

Posting Komentar