Loading...

Suami guru hamil ditikam menangis sepanjang pertuduhan dibaca

Loading...
Gambar hiasan
LELAKI berusia 38 tahun yang menikam isterinya yang sarat hamil minggu lepas didakwa di Mahmakah Seksyen Kuala Lumpur, pada Khamis.

Zulkifli Taib menangis sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada pembantu jurutera audio itu.

Berpakakaian baju kelabu dan seluar denim biru, tertuduh menangis berterusan sepanjang prosiding itu.

Menurut kertas pertuduhan, Zulkifli dengan sengaja didakwa mencederakan isterinya dengan pisau lipat sehingga cedera di bahagian limpa.

Dia didakawa melakukan kesalahan itu di Presint 9, Putrajaya 9 pagi pagi 8 November lalu.

Zulkifli boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama.

Jika terbukti bersalah, dia boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua hukuman berkenaan.

Zulkifli juga boleh dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan, iaitu penjara hingga dua kali ganda daripada hukuman penjara yang dikenakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon perintah mahkamah agar Zulkifli dimasukkan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak atau dikenali sebagai Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan.

Malah, tertuduh juga sudah ada temu janji di Klinik Kesihatan Putrajaya pada 6 Disember depan dan dia dianggap bukan sempurna akalnya.

Menerusi laporan pada minggu lalu, dia menikam isterinya yang hamil 37 minggu sehingga wanita itu terpaksa memandu sendiri ke Hospital Putrajaya pada 8 November untuk mendapatkan rawatan.

Wanita yang bertugas sebagai guru itu melahirkan bayi menerusi pembedahan pada hari sama. - The Star.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Suami guru hamil ditikam menangis sepanjang pertuduhan dibaca"

Posting Komentar